Huh?
What do you mean?
Yalah, macam baju, kalau beli di kedai , tentu takkan mengikut bentuk badan kita yang sebenar.
Tapi kalau di’tailor-made’kan, tentulah akan secocok dengan tubuh badan kita, sehingga menepati segala lekuk anggota kita.
Ujian Allah itu juga begitu.
Ia tailor-made untuk semua hamba-hambaNya.
Tidak ada seorang mendapat ujian yang sama.
Untuk apa ALlah beri kita semua ini? Begitu tanyaku pada seorang ukhtiku yang amat berhikmah.
‘ Kerana, ramai orang akan terkesan dengan tarbiyah peristiwa, yang Allah dah aturkan untuk dirinya. Lain orang, lain ujiannya, dan kesemua itu, Allah datangkan, untuk membaiki diri kita, menjadikan diri kita yang lebih baik dari sebelum ini’
Dia meneruskan:
‘ Allah, akan berterusan memberikan ujian, sehinggalah pada satu masa, hambaNya itu takkan dapat minta pertolongan pun dari manusia. Dan semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hambaNya itu akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.‘
Begitulah jirusan taujihatnya kepadaku.
Dan dia berbicara sambil mengenangkan juga ujian yang dihadapinya, walaupun tidak dikongsikannya kepadaku. Dan kami tahu, betapa ramainya lagi akhawat yang menanggung ujian yang bukan sedikit, semenjak berkenalan dengan bumi dakwah yang sebenar; bumi Malaysia.
‘ Sehinggakan Allah, mahu kita muhasabah balik diri kita, dan betulkan balik niat kita, setiap kali kita melangkah..’
Benarlah, ujian Allah, pada setiap seorang dari kita adalah tailor-made.
Engkau dan aku, ujian kita takkan sama.
Sebab Allah, nak mengkoreksikan kelemahan kita itu.
Selagi mana kita masih ada lagi kelemahan, ataupun terjebak dengan dosa-dosa, Allah akan datangkan ujian, yang menyingkapkan kelemahan kita. Agar kita kembali kepaada Dia, membetulkan diri kita, dan menjadikan diri kita, lebih baik dari semalam.
Selagi mana kita tak improve, selagi itu Allah akan uji pada titik kelemahan kita.
Subhnaallah.
Benarlah, rakan yang baik itu, memberikan kesan kepada diri kita. Alhamdulillah

0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.